Jadwal Sholat
Cinta Membawa Ke Syurga
Seorang Arab badwi bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya, "Bilakan akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula,"Apakah yang engkau sediakan untuk menghadapinya?"
Orang Badwi itu menjawab,"Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencitaimu."
Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w terus bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Mutaffaq 'alaih)
Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat...kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!
Itulah cinta sebenar. InsyaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Rasulullah s.a.w di syurga. Kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia di akhirat nanti. Itulah kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah . FirmanNya yang bermaksud: "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (surah Ali Imran 3:31)
Sahl bin Abdullah berkata,"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-quran, tanda cintakan Al-Quran cintakan Nabi s.a.w, tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah Baginda, tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat, tanda cintakan akhirat adalah Tidak mencintai Diri Sendiri, tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci Dunia, dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment